berawal dari sebuah buku dan support dari sahabat-sahabat yang membuatku semakin istikomah dalam berhijab. dan petualangan dimulai dari sini, banyak yang harus diperbaiki, banyak yang harus dibenahi, ditambah, ditutupi dan dilindung... hehe
sebelum membahas fashion dan fashion setter favorit, kita bahas dulu hijab shar'i nya seorang muslimah solehah
Aurat : antara peduli dan tidak peduli
Pendedahan Aurat dan Kejahilan umat Islam Kini
Berikut
ialah situasi kejahilan wanita Islam mempamirkan tubuh badan mereka
secara percuma kepada lelaki yang boleh mengawininya dan kepada
pandangan orang bukan Islam.
Situasi Kejahilan 1:
Seorang
wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian
wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak
menjual pakaian baju kurung,jubah dan berbagai jenis fesyen yang sesuai
untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbagsa Cina
beragama Budha. Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter
memakai baju kurung tanpa tudung. Malangnya anak Melayu nama Islam
berpakaian seksi berseluar ketat, baju Tshirt lengan pendek,singkat bila
duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil
agamanya sendiri.Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam.
Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat
Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah dimusim hampir
hari raya.
Situasi Kejahilan 2:
Kedai
menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat
terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat
dan sendat. Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam
kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada berbagai judul tetapi tidak
diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama
pun tidak dapat hidayah.
Situasi Kejahilan 3:
Bila
hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi
tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang
dengan berpakaian seksi, berselur jean ketat, Tshirt- Trend Fesyen
Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya. Sudah
jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah
aurat pula. Mengapa wanita kini jahil sangat ajaran Islam.
Situasi Kejahilan 4:
Seorang
ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih
di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita
barat, tidak menutup aurat. Mengapa ibu bapa yang berketayap putih
tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. Mengapa ribuan bapa yang memenuhi majid setiap solat Jumaat tidak ada
kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah
situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggal generasi yang akan
berpakain baju dalam dan seluar dalam dimasa akan datang.
Memadai
4 situasi ini untuk kita fikir bersama. Belum lagi situasi drama dan
filem orang Melayu yang pengarahnya mengelirukan Islam dalam
berpakaian.Perlu diingat artikel ini adalah kenyataan yang betul-betul
nyata dan terjadi.Apakah penyelesaiannya? Bagaimanakah caranya? jika ada
sejauh manakah keberkesanannya? Sama-samalah kita mengambil iktibar dan
pengajaran.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar